Loading...

Selamat Datang Ke Ezerra

Ezerra adalah jenama produk penjagaan kulit kanak-kanak yang memahami betapa pentingnya kesihatan dan kesejahteraan anak-anak buat anda. Pada masa ini, 2 daripada setiap 10 kanak-kanak mempunyai kulit yang kering, sensitif dan gatal. Tanpa penjagaan yang betul, bakteria boleh menembusi kulit secara mudah apabila anak anda menggaru kulitnya yang gatal dan sensitif, menyebabkan bayi anda menderita dan ibu bapa pula seolah-olah tidak terdaya menolongnya.

Produk penjagaan kulit Ezerra untuk bayi menawarkan penjagaan dan pemastian kesihatan bagi kulit yang kering dan sensitif. Setiap produk melegakan dan menghidratkan kulit yang gatal dan kasar agar sentiasa lembap dan bersih.

Tiada perasaan yang lebih indah daripada melihat perubahan pada anak yang menderita kepada si manja yang tenang dan ceria!

Tanpa Steroid

Produk rawatan kulit kering dan sensitif Ezerra tidak mengandungi steroid dan boleh digunakan pada bayi seawal usia 2 minggu. Produk ini terbukti berkesan membantu melegakan kulit yang kasar, kering dan gatal. Produk penjagaan kulit Ezerra adalah sangat selamat digunakan tanpa rasa bimbang atau waswas.

Proses 3 Langkah Yang Ringkas

Ezerra melegakan kulit kering dan sensitif melalui proses tiga langkah yang ringkas, iaitu Membersih, Melindung dan Memelihara untuk menjaga kulit bayi sebaik-baiknya, dengan mengekalkan kelembapan di samping membantu memelihara kulit. Ezerra Extra Gentle Cleanser (pencuci badan) yang bertindak lembut tidak mengandungi SLS/SLES, oleh itu selamat digunakan sama seperti air untuk membersihkan kulit tanpa mengganggu faktor pelembapnya yang semula jadi. Ezerra Cream (krim) dan Ezerra Ointment (salap) melegakan kulit yang kering dan sensitif dan memastikan kelembapan sehingga jauh ke dalam kulit. Ezerra Lotion (losen) digunakan selepas mandi untuk memelihara kelembapan kulit sebagai langkah penting setiap hari yang dapat menjaga kesihatan kulit anak anda.

1.

Membersih

Pencuci Ezerra bertindak tiga kali lebih lembut untuk mengekalkan kulit sihat dan memelihara faktor kelembapan semula jadi kulit yang mudah terjejas. Disebabkan ketiadaan kandungan SLS/SLES, maka pencuci ini selamat seperti air dan sifat melegakan kulit sensitif dapat memelihara kulit yang sihat.

2.

Melindung

Ezerra Cream (krim) adalah krim pelembap untuk melegakan kegatalan, di samping membantu menyerap, mengekalkan dan mengawal lembapan agar kulit tidak gatal dan sentiasa terasa selesa. Untuk kulit yang telah digaru dan mudah ditembusi oleh bakteria, klik di sini.

3.

Memelihara

Larutan selepas mandi ini sesuai digunakan setiap hari untuk memelihara kelembapan pada permukaan kulit yang luas.

Diuji Dengan Baik Dan Diiktiraf Oleh Pakar Perubatan

Barisan produk penjagaan kulit bayi Ezerra untuk kulit yang kering dan sensitif dipercayai, disyorkan dan diiktiraf oleh doktor dan ahli farmasi yang terkemuka di 15 buah negara sepanjang 8 tahun yang lepas. Karim dan salap Ezerra mendapat permintaan tinggi kerana tertumpu pada usaha menyelesaikan masalah ibu-ibu yang berhadapan dengan kesulitan untuk menangani kulit kering dan sensitif yang dihidapi bayi dan anak kecil mereka. Ia tidak dapat disembuhkan, tetapi jika anda ingin mengetahui cara penjagaan dengan berkesan, usahlah cari produk selain Ezerra.

Produk Penjagaan Kulit Bayi Ezerra Yang Perlu Anda Miliki

Pencuci Ezerra

Pencuci kami yang tiga kali lebih lembut ini membantu memelihara kulit yang sihat dan halus.

Krim/Salap Ezerra

Pilih krim / salap Ezerra yang paling sesuai dengan kulit kering dan sensitif anak anda.

Losen Ezerra

Larutan selepas mandi ini sesuai digunakan setiap hari untuk memelihara kelembapan pada permukaan kulit yang luas.

Gatal Kulit | Kulit Yang Kering & Sensitif | Petua Hilangkan Gatal Kulit | Kulit Bayi Yang Kering & Sensitif | Ubat Untuk Kulit Kering & Sensitif | Penjagaan Kulit Kering & Sensitif