PERIHAL KULIT KERING & SENSITIF KANAK-KANAK

Penjagaan bayi bukan kerja yang mudah. Ini kerana pada usia yang begitu muda, anak anda mudah terjejas oleh banyak penyakit. Oleh itu, para ibu perlu berwaspada supaya dapat mengesan perubahan pada kesihatan anak mereka dan mengambil langkah-langkah yang betul untuk memulihkannya.

Kulit kering dan sensitif bayi adalah keadaan kulit yang dialami oleh kebanyakan bayi dalam tempoh dua tahun pertama. Malah, kajian mendedahkan bahawa seorang daripada setiap lima kanak-kanak akan mengalami simptom ini. Usah bimbang. Ezerra memberi anda pemahaman yang baik tentang keadaan kulit ini, puncanya, simptomnya, dan cara penjagaan dengan berkesan supaya anda lebih memahami keperluan bayi anda.

Apa Itu Kulit Kering & Sensitif?

Kulit kering dan sensitif ialah keadaan kulit yang lazim berlaku dan menyebabkan kulit menjadi kering dan gatal. Keadaan yang teruk akan menyebabkan kulit menjadi merah, pecah, dan berair.

Bahagian badan yang biasanya terlibat ialah tangan, muka, siku, dan bahagian belakang lutut.

Apakah Punca Kulit Kering & Sensitif Kanak-kanak?

Kulit kering dan sensitif adalah suatu tindak balas alahan seperti asma (lelah) dan demam alergi.

Bayi yang mempunyai kulit kering dan sensitif juga kemungkinan tercetus oleh syampu, sabun dan pelembut fabrik yang mengandungi sebatian kimia yang merengsa kulit.

Apakah Simptom Yang Perlu Dicari?

Jika anda ibu atau penjaga kanak-kanak, yang berikut ialah beberapa simptom yang perlu anda cari:

Dehidrasi pada kulit yang menyebabkan kulit menjadi kering

Kulit menjadi merah-merah

Kulit terasa teramat gatal

Kulit berair

Kulit pecah

Keadaan kulit yang kering dan sensitif sangat mencemaskan dan amat mengganggu ketenteraman bayi kerana sukar baginya menahan keinginan untuk menggaru kulitnya. Keadaan kulit ini juga menyebabkan rasa sangat tidak selesa, terutamanya pada waktu malam, dan ini pula menimbulkan masalah tidur.

Apakah Penyelesaiannya?

Malangnya, tiada penawar atau ubat yang khusus untuk kulit kering dan sensitif setakat ini. Sungguhpun begitu, ada beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk melegakannya. Sila teruskan membaca untuk petua melegakan gatal kulit bayi anda.

Untuk melegakan keadaan kulit ini, penggunaan pelembap pada kulit bayi digalakkan pada kadar yang kerap. Ezerra menawarkan pelembap bermutu tinggi yang khas bagi kulit yang kering dan sensitif dan disyorkan oleh ramai pakar dermatologi. Sebaik-baiknya, dapatkan nasihat pakar perubatan sebelum anda membeli salap atau krim untuk melegakan kulit kering dan sensitif.

Pada peringkat awal penjagaan untuk kulit kering dan sensitif, doktor mungkin akan memberi preskripsi krim kortison atau steroid. Walau bagaimanapun, ini tidak dapat digunakan untuk jangka masa yang panjang. Ezerra tidak mengandungi steroid, dan oleh itu selamat digunakan selama jangka masa yang panjang.

Ada beberapa langkah tambahan yang boleh diambil oleh seorang ibu untuk mencegah tercetusnya kemerahan yang teruk pada bayi. Antara petua legakan gatal kulit akibat:

Menyusukan bayi dengan susu badan sepenuhnya sepanjang tempoh empat hingga enam bulan pertama selepas dilahirkan. Ini diketahui dapat mencegah alahan dan mengurangkan kemungkinan kulit kering dan sensitif.

Elakkan daripada memberi susu lembu atau susu tepung yang berasaskan susu lembu sebagai minuman kepada bayi anda. Ini diketahui dapat memburukkan lagi penyakit pada sesetengah bayi. Namun begitu, anda perlu berunding dengan doktor sebelum mengambil langkah ini kerana masalah ini tidak berlaku pada semua bayi.

Ibu-ibu patut memilih makanan yang kaya dengan probiotik seperti dadih semasa hamil. Ini diketahui mampu banyak mengurangkan kemungkinan berlakunya keadaan kulit ini pada bayi.

Ibu-ibu juga harus meminta nasihat doktor tentang makanan yang harus dielakkan semasa hamil atau semasa menyusukan anak dengan susu badan. Ini kerana apa sahaja yang dimakan oleh si ibu akan disampaikan kepada anaknya dan boleh menyebabkan tindak balas alahan seperti gatal kulit pada bayi.

Ibu-ibu tidak perlu risau jika bayi mereka mendapat kulit kering dan sensitif. Keadaan kulit ini lazim dihidapi kanak-kanak dan boleh dijaga dengan berkesan. Ezerra menyediakan penyelesaian yang paling tepat untuk melegakan kulit kering dan sensitif kanak-kanak.

Pencuci Ezerra

Pencuci kami yang tiga kali lebih lembut ini membantu memelihara kulit yang sihat dan halus.

Krim/Salap Ezerra

Pilih krim / salap Ezerra yang paling sesuai dengan kulit kering dan sensitif anak anda.

Losen Ezerra

Larutan selepas mandi ini sesuai digunakan setiap hari untuk memelihara kelembapan pada permukaan kulit yang luas.

Gatal Kulit | Kulit Yang Kering & Sensitif | Petua Hilangkan Gatal Kulit | Kulit Bayi Yang Kering & Sensitif | Ubat Untuk Kulit Kering & Sensitif | Penjagaan Kulit Kering & Sensitif