MELINDUNG

KULIT YANG KERING DAN GATAL

Ezerra Cream 50g & Ezerra Ointment 25g

Ezerra Cream (krim) dan Ezerra Ointment (salap) kedua-duanya mempunyai ciri dan tahap keberkesanan yang sama untuk menangani kulit kering dan sensitif. Perbezaannya ialah pada tekstur. Salap lebih pekat dan likat daripada krim. Oleh itu, pilihan untuk menggunakan krim atau salap bergantung pada kesukaan anda.

Kedua-dua rumusannya tidak mengandungi steroid dan oleh itu selamat digunakan selama tempoh yang panjang.

Tindakannya:

  • Melegakan rasa gatal.
  • Memastikan kelembapan yang mendalam dengan cara menyerap, mengekalkan dan mengawal kelembapan kulit.
  • Memelihara kulit agar sentiasa segar dan selesa.

Bahan utama:

  • Stimutex-AS, bahan semula jadi yang berciri sifat melegakan kulit yang sensitif, kegatalan dan kemerahan.
  • Sakarida Isomerat, sejenis pelembap semula jadi yang bertindak seperti magnet air, melembapkan kulit sehingga jauh ke dalam dan memelihara kulit yang sihat.

Cara Menggunakannya:

Sapukan 2-3 kali sehari pada kulit yang bersih di kawasan kulit yang kering, gatal, atau merah. Jika ada tanda-tanda tembusan bakteria ke dalam kulit (cecair kekuning-kuningan), pergilah berjumpa dengan doktor atau pakar dermatologi untuk merawatnya.

Gunakan jari untuk menepuk-nepuk secara perlahan dan meratakan krim atau salap ini pada bahagian kulit yang kering dan sensitif.

Sebaik sahaja kulit kembali kepada keadaan yang sihat, pelihara kesihatan kulit dengan menggunakan Ezerra Lotion (losen) untuk melembapkan kulit seluruh badan selepas mencucinya dengan menggunakan Ezerra Extra Gentle Cleanser, pencuci badan yang bebas daripada SLS/SLES.